Anda pernah lihat atau jumpa produk ini sebelum ini?
Jika anda pernah mengunjungi MAC Store pasti anda tahu tentang produk ini.
(Belian secara online lebih-lebih lagi di blog-blog yang menjual produk M.A.C tiruan pasti tidak ada walaupun mereka beriya-iya mengatakan produk mereka original. So berhati-hati ok!)
Produk ini merupakan semburan penyegar yang Marliy amat berpuas hati. Produk ini adalah semburan terbaik yang pernah Marliy jumpa dan gunakan.So apa fungsinya ya? Yes, the main function of this lovely product is, penyegar!
Pada asasnya, produk ini digunakan pada akhir proses solekan dimana Fix+ ini membantu menyegarkan wajah serta solekan kita dan pada masa yang sama ia membantu solekan kita tahan lebih lama. Saya pasti semua make up artiste mengetahui keberkesanan produk ini.
Tetapi jika anda bukan seorang make up artiste, perlukah anda dapatkan serta miliki Fix+ Spray ini?Jawapannya, YA! Kerana...Selain digunakan untuk melengkapkan solekan, ianya juga banyak fungsi lain yang pastinya baik untuk anda.
1. Setelah, anda mencuci muka, semburkan Fix+ pada wajah anda. Ia berfungsi sebagai toner dan penyegar pada wajah anda.
2. Jika anda berada dalam keadaan tidak selesa disebabkan cuaca yang panas, anda juga boleh menggunakan Fix+ ini pada wajah dan badan anda. Pastinya anda akan rasa lebih segar selepas itu..
3. Fix+ juga berkesan sebagai medium campuran dalam solekan, sama ada ketika menyapu foundation atau pun eye shadow. Nak tahu bagaimana ini berfungsi, tunggguuuuuuu..!!
4. Pada kaum lelaki, anda harus mendapatkan Fix+ ini hari ini juga kerana ia adalah alat penyegar segera yang harus anda miliki. Ketika anda selesai bersukan, lapkan segala peluh yang ada pada badan dan wajah anda, kemudian terus semburkan Fix+ ini. Anda pasti akan dapat rasai kesegaran pada diri anda serta merta.
5. Selepas bercukur, jadikan Fix+ ini sebagai After Shave, ia dapat membantu melegakan rasa kepedihan pada kulit selepas bercukur.
*Di atas merupakan beberapa fungsi Fix+ spray yang terbukti pada kita.
Bahan-bahan aktif yang terkandung dalam Fix + pula termasuklah;Air, Ekstrak Timun, Ektraks Buah-buahan, Ektrak Chamomille, Ekstrak Teh Hijau, dan haruman Sugi.
So apa tunggu lagi, dapatkan Fix+ Spray di gedung-gedung MAC berhampiran anda dengan harga cuma RM 68.00 sahaja!
0 comments:
Post a Comment