Pages

29 October 2009

Review - 120 & 80 Pro Pallete Eyeshadow

Hi everyone.. Actually I'm so excited to review this product.

Bila tengok video tutorial kat You Tube,So far ramai je yang gunakan Pallete ni.. But memang susah nak cari kat sini.. Kalau nak dapatkan pun kena order melalui Ebay..Tapi kat sini Marliy ade jupe one of the supplier utk this 120 pro pallete.

So far memang teruja.. Warna-warna dier sangatlah menarik (ada 120 warna yang berlainan ).. Texture eye shadow ini.. Sangat pigmented.. Lagi-lagi warna Gold dier.. Ahhhh.. Sangat suka..!! calit sikit jer warnanya.. Tapi memang ber.. Apa ya perkataan yang paling tepat nak gambarkan.. Mmm.. (Suka sampai tak terkata..).. Mmm.. Sangat pigment lah warna dier..

Pallete ni Marliy suggest pada newbies dalam make up ni.. yang maner budget rendah tapi nak kelihatan gorgeous.. Marliy memang suggest dapatkan pallete ni.. Boleh buat various jenis solekan mata..

But make sure, sebelum sapu eye shadow ni, gunakan base dulu ok.. Bagi warna dia betul-betul lekat dan mudah untuk di blend.. Blending kan sangat penting dalam solekan..

So.. Apa tunggu lagi dapatkan pallete ini sekarang juga..R


RM129.00 - 120 Pro Pallete
RM89.90 - 80 Pro Pallete.



P/s : Suka suka suka..!!

23 October 2009

Terima kasih...


Tips Memilih Mak Andam - Penting !!!

Sila pastikan agar Mak Andam anda tidak menerima tempahan selain diri anda seorang pada tarikh majlis yang sama. Ini adalah kerana, terdapat ramai Mak Andam yang suka mengambil kesempatan dengan menerima tempahan pelanggan sehingga 4 orang dalam satu masa. Apabila ini berlaku, bakal pengantin juga yang menerima padahnya. Kerana apabila Mak Andam tergesa-gesa dan terkejar-kejar melaksanakan tugas, sudah pasti ada banyak perkara yang dibuat secara sambil lewa dan tidak teliti. Bukan sahaja anda tidak berpuas hati, malah sudah pasti penampilan anda tidak kena gaya.


Bersikap cerewet juga merupakan satu perkara yang baik. Namun, hendaklah cerewet itu kena pada tempatnya. Anda juga hendaklah mempunyai ilmu yang tinggi dalam memastikan kehendak anda dituruti. Sebagai contoh, anda boleh bersikap cerewet terutama di dalam memilih warna solekan dan juga jenis hiasan sanggul mahupun cara pemakaian tudung. Nyatakan terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini amat memudahkan Mak Andam untuk merealisasikan penampilan anda seperti yang dikehendaki. Bukan sahaja anda akan berpuas hati, malah Mak Andam juga pasti gembira apabila melihat anda gembira.

Bidang Andaman kini bukan sahaja dipelopori oleh kaum wanita, malah telah ramai kaum Adam yang menghiasi industri ini. Ramai yang menyangka hanya Mak Andam lelaki mampu memberikan hasil solekan terbaik. Namun jika itu tanggapan anda, anda sudah melakukan kesilapan besar. Mak Andam wanita kini sememangnya mempunyai kualiti dan kreativiti yang sama hebat malah ada yang jauh lebih hebat dari Mak Andam lelaki. Oleh itu, bagi anda yang sangat menitikberatkan berkenaan situasi dan status halal haram dalam perhubungan, usah mengeluh lagi kerana Mak Andam wanita tetap ada dan mampu memberikan sentuhan terbaik. Anda cuma perlu rajin mencari dan membuat perbandingan agar pemilihan anda adalah tepat dan bertepatan dengan kehendak dan sudah semestinya budget anda.

Make up by Profesional - MELETUP!!

Gambar-gambar ni bukan Marli yg make up tapi Make up artist tahap dewa punye. Diorg charge RM700+ per session.
Picture2 ni yg menjadi rujukan Marli untuk make up pengantin yg akan datang. Insya Allh...Doakan Marli agar terang hati utk dpt idea bile make up nanti dan mudah-mudahan pintu rezeki Marli terbuka luas...AMIN













21 October 2009

4R Digital Print Rm0.28 only - Recommended !!!

Kepada yg nak cuci gambar dlm amount yg banyak, ni ade satu kedai buat offer 28sen sekeping utk 4R..Murah kan..

Marli dah cuci dkt 150 keping untuk gambar bertunang hari tu..Baru je abis RM42. Dan beli sticky album yg cantik ade renda kat Carrefour harge RM40 (mungkin dpt harge murah kat mydin kot). So total kos, RM82 untuk print & album.

So dgn hanya RM282 Marliy boleh dpt buat pakej Shoot & Burn with Sticky album. Besenye pakej ni harga RM450 dan ke atas..

Berbaloi - baloi...


Opss..ni alamat kedai gambar tu.
FOTOPRIME
77, JLN 3/93, TAMAN MIHARJA, 55200 KL

www.fotoprime.com.my

SO, kpd sesiapa ada jupe kedai gambar yg bole harga lagi murah, share-share la dgn Marli.

Kat KL sentral ade ternampak RM0.25 sekeping tapi 'with term & conditions'...tu yg tak best nak dengar tu..

Antara promosi lain sampai 31.12.2009 kat FOTO PRIME:-

Studio family - RM20/pcs (5R)
Studio Baby & Teenager - RM5 for each pose (4R)
Passport Photo - RM6/set