Pages

05 December 2009

Mai - Dinner / 041209

Pix ni upload kemudian
Make up by Marliy
Hair by Marliy

Sayangnye..mai tak pakai bju kebaya die.nak buat macam mane, make up ni bole kejasr masa sbb mai trun ke umah Marli lambat sgt..
Anyway enjoy the pix





03 December 2009

Share - Alamak...Makanan tak cukup!!

Antara Beberapa Sebab Terjadinya Makanan tak cukup di majlis kahwin

Tuan rumah silap Membuat Kiraan Tetamu. Sebagai Contoh.. Kad yang diedarkan adalah sebanyak 500 keping kad. Selalunya tempahan dikira mengikut kiraan : Jumlah Kad x 2 + 100 @ 50 pax = Jumlah Tempahan
Acapkali juga pelanggan salah budget. Contohnya 1 kad kahwin diberikan untuk 1 department/jabatan. Macam mana nak kira tu..? Jemputan mulut ke mulut juga sebenarnya boleh membawa kepada permasalahan di atas. Seeloknya kami cadangkan jemputan melalui kad. Jika hendak juga membuat jemputan melalui mulut atau 1 kad 1 jabatan, seeloknya buat catatan bagi memudahkan membuat tempahan.

Tetamu makan lebih dari yang sepatutnya. Saya sendiri selalu membuat observation di meja buffet (kalau tak percaya anda boleh cuba.. ;p ) .. ada sesetengah tetamu yang tak segan silu beratur semula di meja buffet dan tambah makanan.. Ada juga yang kadang2 ambil lauk 1 pinggan dan meratah di meja makan..

Tetamu yang tak diundang/dikira. Ini selalu terjadi buat pasangan yang salah seorangnya dari negeri jauh.. Manakala kawan2 dari sekitar kawasan pasangan yang 1 lagi.. Lebih2 lagi kalau pasangan berkongsi 1 kad jemputan ( 1 kad 2 belah pihak ).. Akan ada kawan2 yang akan memilih kawasan yang lebih dekat dgn mereka. Sebagai contoh : Si A orang kl, dan si B orang terengganu, dan kawan2 kebanyakannya di kl.. Peratusan kawan2 si B untuk datang ke majlis si A adalah tinggi.. Dan di A pula tak terfikir pun nak mengira tetamu macam ni..

Lokasi majlis. Selalu kami akan ada masalah (tak cukup makanan) di kawasan flat. Sbb bila kita buat di kawasan sebegini.. Jarang orang akan tunggu jemputan, dan tetap akan turun bila nampak kenduri kendara. Makan free kan.. Tuan rumah tentu takkan nak halau kan.. Tapi tak semua kawasan (flat) akan ada masalah tak cukup makanan ni.. sebilangan sahaja... Sbb tu lah agaknya ramai yang tinggal di kawasan flat (bangunan tinggi) memilih untuk membuat majlis di dewan.

Kenduri pertama / terakhir di dalam keluarga. Lebih2 lagi yang pertama, selalunya tetamu akan 80 -90% datang.


Cadangan & nasihat :-

Jika anda buat di rumah, sediakan beras dalam 10 - 20 kg / ayam yang dah siap dipotong dalam 2-3 ekor.. sebagai 'Back-Up' sekiranya nasi / lauk dah nak habis.. Jangan masak dulu.. masak bila wakil katering agak nasi / lauk agak macam tak mencukupi buat tetamu yang masih ramai lagi datang.. baru kita masak nasi dan goreng ayam.. Kalau nak senang pegi je beli kat kedai..

Jika anda buat di dewan (kawasan yang jauh dari rumah) , dekat2 majlis.. cari2 kedai2 makanan yang berdekatan dgn majlis dan cuba tanya mereka sekiranya mereka boleh menjadi back up anda..


Sumber : Mutiara Katering

02 December 2009

Sharing - Untuk apa anda bayar fotografer anda?

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.
Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan KameraUntuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran JurugambarUntuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa PerkhidmatanJurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas RakamanSetelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos materialSelain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.


01 December 2009

Aza Khalid - Trial Make Up / 011209

Haha..Intan jadi mangsa tuk testing bulu mata palsu yg Marli jumpa kat sg wang. Memang susah nak cari bulu mata2 yg pelik mcm ni..

Bulu mata ni sesuai tuk show sahaja.. Andaman pengantin tak sesuai...

Tengok la hasilnye..sangat cantik bile di lihat dari jauh...wink...winkk



Ni la Intan pre-wedding make up trial..