Pages

03 December 2009

Share - Alamak...Makanan tak cukup!!

Antara Beberapa Sebab Terjadinya Makanan tak cukup di majlis kahwin

Tuan rumah silap Membuat Kiraan Tetamu. Sebagai Contoh.. Kad yang diedarkan adalah sebanyak 500 keping kad. Selalunya tempahan dikira mengikut kiraan : Jumlah Kad x 2 + 100 @ 50 pax = Jumlah Tempahan
Acapkali juga pelanggan salah budget. Contohnya 1 kad kahwin diberikan untuk 1 department/jabatan. Macam mana nak kira tu..? Jemputan mulut ke mulut juga sebenarnya boleh membawa kepada permasalahan di atas. Seeloknya kami cadangkan jemputan melalui kad. Jika hendak juga membuat jemputan melalui mulut atau 1 kad 1 jabatan, seeloknya buat catatan bagi memudahkan membuat tempahan.

Tetamu makan lebih dari yang sepatutnya. Saya sendiri selalu membuat observation di meja buffet (kalau tak percaya anda boleh cuba.. ;p ) .. ada sesetengah tetamu yang tak segan silu beratur semula di meja buffet dan tambah makanan.. Ada juga yang kadang2 ambil lauk 1 pinggan dan meratah di meja makan..

Tetamu yang tak diundang/dikira. Ini selalu terjadi buat pasangan yang salah seorangnya dari negeri jauh.. Manakala kawan2 dari sekitar kawasan pasangan yang 1 lagi.. Lebih2 lagi kalau pasangan berkongsi 1 kad jemputan ( 1 kad 2 belah pihak ).. Akan ada kawan2 yang akan memilih kawasan yang lebih dekat dgn mereka. Sebagai contoh : Si A orang kl, dan si B orang terengganu, dan kawan2 kebanyakannya di kl.. Peratusan kawan2 si B untuk datang ke majlis si A adalah tinggi.. Dan di A pula tak terfikir pun nak mengira tetamu macam ni..

Lokasi majlis. Selalu kami akan ada masalah (tak cukup makanan) di kawasan flat. Sbb bila kita buat di kawasan sebegini.. Jarang orang akan tunggu jemputan, dan tetap akan turun bila nampak kenduri kendara. Makan free kan.. Tuan rumah tentu takkan nak halau kan.. Tapi tak semua kawasan (flat) akan ada masalah tak cukup makanan ni.. sebilangan sahaja... Sbb tu lah agaknya ramai yang tinggal di kawasan flat (bangunan tinggi) memilih untuk membuat majlis di dewan.

Kenduri pertama / terakhir di dalam keluarga. Lebih2 lagi yang pertama, selalunya tetamu akan 80 -90% datang.


Cadangan & nasihat :-

Jika anda buat di rumah, sediakan beras dalam 10 - 20 kg / ayam yang dah siap dipotong dalam 2-3 ekor.. sebagai 'Back-Up' sekiranya nasi / lauk dah nak habis.. Jangan masak dulu.. masak bila wakil katering agak nasi / lauk agak macam tak mencukupi buat tetamu yang masih ramai lagi datang.. baru kita masak nasi dan goreng ayam.. Kalau nak senang pegi je beli kat kedai..

Jika anda buat di dewan (kawasan yang jauh dari rumah) , dekat2 majlis.. cari2 kedai2 makanan yang berdekatan dgn majlis dan cuba tanya mereka sekiranya mereka boleh menjadi back up anda..


Sumber : Mutiara Katering

0 comments: