Pages

02 March 2011

Profile Marliy Kama

Marliy Kama adalah satu jenama yang menapak dalam bidang persolekan
sejak tahun 2009. Mula didaftarkan secara rasmi pada April 2010 di
bawah syarikat Marliy Kama Touches. Pemilik jenama; Marliyana Mohamad
Kama merupakan pemilik perseorangan Marliy Kama Touches.
Mementingkan kualiti & kepuasan pelanggan merupakan pegangan utama
beliau dalam memastikan khidmatnya terus diminati oleh bakal-bakal
pengantin dan golongan wanita yang mementingkan penampilan
sempurna.Kematangan dah keikhlasan beliau meletakkan nama Marliy Kama
setaraf dengan jurusolek tanah air yang lain, malahan mula disegani
oleh jurusolek yang sama pengalaman dengan beliau.

Walaupun beliau memiliki kelayakan akademi Ijazah Sarjana Muda
Perakaunan (kepujian) dari UiTM, minat dan sokongan keluarga
mendorong gadis tinggi lampai berumur 27 tahun ini mendalami ilmu
persolekan sejak tahun 2008. Menghadiri Bengkel Perkahwinan Pengantin
2009 anjuran Karangkraf Group di Shah Alam dan menimba ilmu
kecantikan dan persolekan dari usahawan Butik Pengantin Muslimah
Udaimatunnur; Encik Ismail dan Jurusolek Kelrina pemilik butik House
of Fashion.

Beliau juga terlibat sebagai krew jurusolek sewaktu penggambaran
Drama Raya terbitan Astro, Lawaknya Fantasia raya dan Diariku Shahir.
Belia bertanggungjawab menata rias barisan pelakon seperti Shahir
AF8, Hakim, Stacy, Norlia Ghani, Adira AF8, Mawi, Erma AF8, Azrul RL,
Kechik RL, Ewan AF8 dan Anum AF8. Beliau juga menata rias untuk iklan
TV komersial Innershine. Hasil tangan beliau juga turut dirasai oleh
penyanyi Adzrin Adzhar dan dipamerkan dalam Majalah Hiburan, Mangga &
Maskulin. Selain terlibat dengan penggambaran TV dan iklan, beliau
juga berkerjasama dengan butik tudung Onlinehijab untuk artikel di
Berita Harian ruangan Ratu pada pembukaan tahun 2011.
Bagi tujuan promosi dan berkongsi ilmu persolekan yang beliau miliki,
beliau bergerak aktif dilaman web sosial Facebook dan blogspot. Untuk
yang berminat, boleh lawati www.facebook.com/MarliyKama atau
ww.facebook.com/MarliyKama.Makeup. Beliau juga merupakan penyelaras
'Facebook group' iaitu MUA is Makeup Artist (Malaysia).

Menawarkan perkhidmatan solekan pengantin, solekan majlis-majlis
makan malam, solekan 'photoshoot', Tv program dan majalah hiburan
serta suratkhabar. Perkhimatan beliau meliputi sekitar Lembah Klang &
daerah Pahang iaitu Temerloh, Jerantut & Jengka. Selain itu, beliau
bergiat aktif dalam menganjurkan Bengkel Solekan & Kelas Makeup di
sekitar Lembah Klang.

Hasil sentuhan tangan beliau dimuatnaikan di blog peribadi beliau
http://marly-mk.blogspot.com. Bagi yang berminat untuk mendapatkan
perkhidmatan beliau atau ingin mendalami ilmu persolekan boleh
menghubungi talian 013-6420231 atau email; marliy_mk@yahoo.com.sg