Pages

26 July 2010

Minggu yg busy ~ Job & Majlis Resepsi

Fuhh..macam tak bole bernafas bila masuk mingu2 terakhir sebelum majlis ni. Yang patut dibooking, sudah booking. Yang patut dibayar, sudah dibayar. Tapi part yg paling susah is 'Doorgift' coz kena tepati selera Mk & selera mak MK huhu. Siap tak lena tido tu. Conclusion, sudah 90% siap untuk majlis resepsi. Hopefully semua berjalan dgn lancar. Insya allah..

Ribuan maaf kepada customer2 yg sudi contact MK & meminta khidmat MK, tapi terpaksa ditolak coz nak fokus ke majlis sendiri. Mana yang sempat je MK boleh terima tempahan. Lebih2 lagi yang bertanyakan kelas andaman & Bengkel Asas Solekan MK. Terkilan juga bila terpaksa menolak permintaan customer. Tapi apakan daya. Insya Allah, bulan2 akan datang semua akan berjalan seperti biasa.

Ni picture makeup tuk Majlis Pertunangan Atie di Taman Cempaka Ampang pada 25.07.10.
Atie ni kawan satu opis (BASF)


21 July 2010

Jemputan Majlis Raja Sehari MK

Kepada followers. friends, student, customer & semua mengenali MK. Jemput dtg kenduri ye..

Nak bagi credit untuk :
Pelamin & Persalinan ~ www.andamanaby.com
Makeup Artis ~ Marliy Kama (http://marly-mk.blogspot.com)
VIP doorgift ~ N Beauty & Bridal (Jerantut)
Aksesori ~ Sajian Emas (Kak yang)





18 July 2010

Drama Musical Raya ~ Lawaknya Fantasia

Mama Norlia Ghani

Fuhh..4 hari dok Melaka, abiskan shooting drama 'Lawaknya Fantasia'.
Kitaorg menginap kat Hotel Mahkota.

Lokasi pengembaran sekitar Merlimau.

Pelakon : Shahir AF8, Adira AF8, Anum, Ema, Kechik Raja Lawak, Azrul Cham Raja Lawak, Rozita Che Wan, Mama Norlia Ghani & Dato Aziz Satar.

Bakal ditayangkan raya ke-3, Astro ria pulul 9.00 malam.


Team MUA bersama Adira AF8 

The best scene ~ Har dijo Pyar karega (Rozita Che wan)


12 July 2010

FIFA + FOLLOWERS + JOBS + BENGKEL

Banyak nak citer kali ni. Bukan ape..saje jgn bagi boring bile baca blog. Lagi pun sendri punye blog, suka hati la nak mengarut kat sini kan kan..

I ~ Mula nak citer & komen sket pasal FIFA yang baru je abis pagi tadi. SEPANYOL menag tapi tahniah kepada PAUL si SOTONG KURITA. 
(klu ade depan mata, mesti ngeri bile dia mcm tau predict benda2 ni.Hush, jgn percaya sgt.SYIRIK ! )

II ~ Tak sangka sebenarnya ade yg betul2 follow blog ni. Ingat syok sendiri je. Asalnya ingat nak buat Blog ni tuk collections sendri je. Tapi ade yg layanzzz. Tapi yg paling penting blog ni ialah JADUAL BOOKING tu. Coz memang tulis kat kalendar tapi kat opis. So bila nak tgk, terus zoom ke BLOG ini. bagus jugak kan. Bole access bile2 masa & dimana2.

III ~  OK citer pasal job. Job hari Sabtu 10.07.10 dgn Eiy tu tak dpt lagi pic gadis2 yg Chantek2 sume. Kali ni tak sakit pinggang sgt coz MK dah start mekap duduk. Selalu asyik bongkok je. Sampai kena pegi REFLEKSOLOGI (betul ke eja ni?)
Nanti la citer lain tuk job satu tuh.
  Pas tu, Job hari ahad. Kena wat mekap tunang kat Taman Dagang.
Senang je cari umah Hafyzah (<--- ni pun antara follower blog since tahun lepas)
Enjoyz the pictures si Cikgu ni
Hafyzah ni suka senyum tajam kan kan.. Bakal husband die USTAZ..
Selamat Bertunang !!

IV ~ Promote lak. 

Kelas mekap yang paling happening. Tenaga pengajar yang ceria & friendly ~ Bengkel Asas Solekan Marliy Kama pada 25 Julai 2010 (Ahad. 11pg - 5ptg) dibuka untuk register sekarang. Lokasi Bandar Seri Kembangan. Yuran penyertaan RM150. Hubungi 013-6420231

Map ke lokasi

Paling tak sabar ~ Nak pergi Melaka malam ni. Join Shooting Astro. Utk mekap AF8 (Shahir, Adira, Rozita Che Wan etc..)

 ~ THE END

 










11 July 2010

Makeover Marathon @ Klang

Thanks to Eiy for this job.
 Seawal pukul 8 pagi, MK gerak dari KL ke Klang tuk job ni.
Makeover seramai 15 orang tuk famili & dayang pengantin.
Diorang ni semua sepupu sepapat.
Dlm pic ni pun ade yg tak cukup, coz mak-mak diorg tak join bergambar.

09 July 2010

Marliy, u duduk Pahang ke KL??

Ramai lak yang tanya. MK rumah kat pahang ke kat KL..Sape leh jawab??

Actually, MK & hubby ialah weekend husband & wife. Hubby org Jerantut & MK org KL. So klu ade job di area Jerantut, so Mk takkan charge transportation (cth : Putrajaya ~ RM30). Dalam KL pun sama. Harga yang ade dlm blog ni kira harga bersih klu job within KL @ Jerantut,Pahang sahaja.

KL tu termasuk PJ, Sunway, Ampang, Cheras dan sewaktu dengan nya.

Ni picture regular customer a.k.a kawan opis pada 7 July aritu.
Die nak masuk contest tuk Preview movie 'Eclipse'. So dia request makeup ala-ala Jane Twilight.
Sila lihat. (Jangan tersilap, ni bukan ADIBA NOR)






Next week follow ASTRO ~ makeup @ Melaka

Tak sabar tunggu minggu depan. Frm 13 Jul - 16 Jul. MK akan follow Astro crew pergi Melaka. Untuk shooting LAWAK FANTASIA (AF8). Antara artis AF8 : Shahir, Dira , Rozita Che Wan etc etc..
Tunggu je la picture. Klu ada broadband, leh terus upload. Tapi Broadband kat Hubby (I mizz him..)

Bawah ni picture sendiri. Sambil tunggu customer, bole la makeup diri sendri. Inspired by Tiar Zainal nyer stail.